26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 19, 2024

57 pegawai, anggota ditauliahkan AFRS

Malaysia Airports memperkasakan lagi tahap kesiapsiagaan lapangan terbang menghadapi bencana udara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA Airports memperkasakan lagi tahap kesiapsiagaan lapangan terbang menghadapi bencana udara menerusi pentauliahan seramai 57 orang pegawai dan anggota baharu Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS).

Seramai sembilan orang kadet ditauliahkan sebagai pegawai AFRS manakala seramai 48 orang rekrut lain ditauliahkan sebagai anggota AFRS bersempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas atau Passing Out Parade (POP) siri ke-11 hari ini.

Malaysia Airports menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, sehingga Disember 2022, pasukan AFRS Malaysia Airports mempunyai kekuatan seramai hampir 800 orang anggota di kesemua 39 lapangan terbang kendaliannya di seluruh Malaysia.

“Secara asas, bagi melengkapkan semua pelatih dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bertugas, kesemua pelatih pegawai dan anggota AFRS dikehendaki melalui latihan intensif.

“Ia bukan sahaja dari sudut fizikal, malah diuji dari sudut intelektual sepanjang tempoh empat bulan setengah latihan setelah proses temuduga terbuka, saringan dan pemilihan dijalankan,” kata kenyataan itu.

Menurut Malaysia Airports, bagi tujuan tersebut, para pelatih telah didedahkan kepada modul-modul seperti kawad kaki dan kebombaan, pembiasaan pesawat dan lapangan terbang, alat pernafasan dan peralatan perlindungan diri.

Advertisements

“Selain itu, komunikasi kecemasan, memadam kebakaran pesawat dan bangunan, penyelamatan dan pengurusan mangsa, pengoperasian jentera bomba dan keselamatan kebakaran bangunan.

“Turut diberikan latihan pengendalian bahan merbahaya (HAZMAT) serta pelan kecemasan aerodrom,” katanya.

Kata kenyataan itu, penubuhan AFRS ini adalah bagi mematuhi keperluan Akta Penerbangan Awam 1969,
Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016, Civil Aviation Directive 14 Vol I selaras dengan Standard and Recommended Practices (SARPs) yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

“Ia menetapkan kewujudan mandatori sumber manusia serta aset menyelamat dan memadam kebakaran di sesebuah kawasan aerodrom yang mengoperasi pesawat awam,” katanya.

Pada majlis tersebut, pemeriksaan perbarisan telah disempurnakan Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports, Mohd Arif Jaafar dan Pengurus Besar AFRS,Tuan Muhammad Hidayat Ismail.

Selain itu, anugerah penghargaan juga telah
diberikan kepada pelatih-pelatih terbaik dalam enam kategori di majlis pentauliahan seperti Anugerah Keseluruhan Terbaik, Anugerah Keseluruhan Terbaik, Anugerah Terbaik Akademik, Anugerah Terbaik Kemahiran Kebombaan, Anugerah Terbaik Kawad Kaki dan Anugerah Terbaik Kecergasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

AP Terbuka: Mana-mana syarikat bumiputera boleh memohon

MANA-MANA syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan