29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Berhenti meroyan, belajar jadi pembangkang berwibawa

Gesaan dibuat Zahid susulan serangan berterusan Muhyiddin dan pemimpin PN sejak pembentukan kerajaan perpaduan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa berhenti merengek dan meroyan, sebaliknya belajar menjadi pembangkang yang berwibawa.

Gesaan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan serangan berterusan Muhyiddin dan pemimpin PN sejak pembentukan kerajaan perpaduan di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, Muhyiddin juga perlu belajar menghormati proses dan keputusan Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-raja Melayu.

“Muhyiddin dan sekutunya perlu berasa malu dilihat terlalu gilakan kuasa hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu dan perlu mencontohi parti DAP yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan parti dan individu, bergerak ke hadapan demi menjayakan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya hari ini.

Zahid membidas kenyataan Muhyiddin yang menuduh pembentukan kerajaan dan Kabinet atas penipuan terhadap mandat rakyat yang tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara.

Sementara itu, Zahid menegaskan, kerajaan hari ini bukannya kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepertimana didakwa oleh pihak pembangkang.

“Akan tetapi ialah Kerajaan Perpaduan hasil daripada gabungan parti terbesar dan parti-parti kecil lain yang memenangi pilihan raya bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina negara dan mentadbir lebih baik daripada kerajaan-kerajaan terdahulu,” katanya.

Advertisements

Beliau mengingatkan Muhyiddin bahawa kuasa perlantikan Perdana Menteri ialah atas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Bahkan jelas beliau, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga membuat keputusan tersebut selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

“Perbincangan khas itu juga bertujuan bagi Seri Paduka mendapat pandangan Raja-Raja Melayu untuk membolehkan Baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat,” katanya.

Zahid berkata, proses yang sama juga berlaku bagi pelantikan Kabinet yang mana senarai ahli-ahli jemaah Menteri dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda untuk mendapat perkenan.

Katanya, tindakan Muhyiddin dan sekutunya yang cuba mempertikaikan proses pelantikan tersebut menggambarkan wajah sebenar mereka yang tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan