25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kerjasama semua wakil rakyat pelbagai parti ditagih

Bagi menghadapi cabaran Kerajaan Perpaduan kesan pandemik dan kemelesetan ekonomi yang dijanga berlaku tahun depan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERJASAMA semua wakil rakyat dari pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan ditagih bagi menangani pelbagai cabaran mendatang, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menteri Pertahanan itu berkata, ini kerana beliau yakin terdapat pelbagai cabaran bakal dihadapi oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, khususnya kesan pandemik dan kemelesetan ekonomi yang dijanga berlaku tahun depan.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO mengulas pelantikan beliau ke dalam Kabinet Anwar selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Rembau.

ā€œAlhamdulillah, mensyukuri perlantikan ini dengan rasa rendah diri. Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri memberi saya peluang berkhidmat dalam Kerajaan Perpaduan yang bersejarah ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi beliau di Parlimen Rembau yang memberikannya peluang untuk berkhidmat.

Advertisements

ā€œKepercayaan ini saya tidak akan ambil mudah dan akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya, Insha Allah,ā€ katanya.

Semalam, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu antara 27 menteri Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Daripada jumlah tersebut, enam Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai menteri termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain Mohamad, turut dilantik ialah Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Menteri Pertahanan), Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin (Menteri Pendidikan Tinggi), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abd Azizi (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) serta Datuk Seri Azalina Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Urusan Undang-undang dan Reformasi Institusi).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan