27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bas terbabas, langgar tembok surau

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bas terbabas sebelum melanggar tembok sebuah surau di Sungai Merab, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sungai Merab – Jalan Air Hitam Luar, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.20 petang itu, bas yang membawa seorang penumpang merempuh tembok Surau An Nur Ramadhan ketika menuruni bukit.

Akibat kejadian itu, seorang penumpang mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, bas berkenaan sebelum itu mengambil pekerja berkenaan di sebuah hostel di Sungai Merab dan menuju ke Kilang Sony, Bangi.

Advertisements

“Sebaik tiba di lokasi kejadian dan ketika menuruni bukit, brek bas tiba-tiba gagal berfungsi dengan baik sebelum terbabas dan melanggar tembok surau,” katanya di sini.

Keadaan tembok sebuah surau di Sungai Merab selepas sebuah bas terbabas dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sungai Merab – Jalan Air Hitam Luar, petang semalam.

Beliau berkata, pekerja kilang yang cedera itu di bawa ke Hospital Kajang untuk mendapat rawatan lanjut.

“Bagaimanapun pemandu bas berusia 34 tahun itu tidak mengalami kecederaan, “katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan bas berkenaan turut ditahan untuk pemeriksaaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan