26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, January 30, 2023

Perkasa pembangunan lestari luar bandar perlu inklusif

Penegasan ini penting untuk menyerlahkan kualiti inklusif yang merupakan bahagian daripada entiti masyarakat yang lebih besar yang perlu diberikan keutamaan berterusan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMBANGUNAN lestari luar bandar di negara perlu berlangsung secara berterusan bagi bentuk satu perubahan dan transformasi yang meliputi program-program bersifat inklusif.

Maka, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicadangkan situasi ini perlu mengambil kira aspek tersebut untuk dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Beliau yang juga mengemudi kementerian berkenaan berkata, langkah yang perlu diambil adalah dari segi peningkatan tadbir urus atau tata kelola yang baik lagi efisien di peringkat kawaaan setempat, daerah, dan wilayah dengan menghubungkan sektor swasta, masyarakat sivil dan agensi kerajaan yang strategik.

“Pembangunan sektor-sektor produktif yang merujuk kepada bidang pertanian, industri bukan pertanian, perlombongan, pelancongan, sumber alam semula jadi, pengurusan alam sekitar dan sebagainya.

Baca juga:   Era pandemik, sekolah jangan dibiar sakit

“Selain itu, pembangunan institusi dan keupayaan beberapa bidang tujahan termasuk bidang pendidikan, latihan, kesihatan, penyelidikan lanjutan, pemasaran, simpanan dan kredit, pengangkutan, alam sekitar dan sebagainya,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini.

Dalam pada itu, katanya, langkah lain yang perlu diutamakan seperti pembangunan infrastruktur desa termasuk jalan-jalan raya, elektrik, telekomunikasi, perumahan, air, kesihatan awam dan sebagainya.

Katanya, kesemua naratif, definisi, preskripsi, deskripsi mengenai ciri pembangunan desa dan wilayah perlu dihalusi kerana ini akan mempengaruhi wacana dan naratif masyarakat desa.

“Penegasan ini penting untuk menyerlahkan kualiti inklusif yang merupakan bahagian daripada entiti masyarakat yang lebih besar yang perlu diberikan keutamaan berterusan oleh agensi, kementerian dan masyarakat civil,” katanya.

Baca juga:   Ismail Sabri bidas dongeng pembangkang Zahid jadi PM

Ujar beliau, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan memastikan aspek ini diterap dan dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat desa dan wilayah.

“Hal ini juga untuk memastikan imperatif konsep desa yang pernah saya kemukakan sebelum ini bergerak sejajar dengan misi dan visi Kementerian.

“Adalah tanggungjawab kepada kita semua bagi memastikan kelestarian pembangunan desa dan wilayah,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Anwar, Zahid, Izzah: Ini pandangan saya sebagai rakyat biasa

TAN Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan nasihat buat tiga individu dua daripadanya pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) dan seorang lagi...

Lagi Artikel Berkaitan