28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Anwar tak yakin dapat dua pertiga undi percaya – Muhyiddin

Sekiranya perjanjian persefahaman yang berunsur kediktatoran (dictatorial) itu dianggap sah, maka tidak mustahil pindaan perlembagaan yang bertentangan dengan naluri (conscience) Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan nilai masyarakat di negara ini akan diluluskan oleh Dewan Rakyat secara paksa.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MEMORANDUM persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan, kelmarin, didakwa hanya mencerminkan rasa tidak yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi sokongan dua pertiga usul undi percaya.

Dakwaan itu ditegaskan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga meluahkan kebimbangan sekiranya perjanjian tersebut sah, ia akan memaksa Ahli-ahli Dewan Rakyat

mengundi usul-usul atau rang undang-undang lain pada masa akan datang.

Ini termasuklah yang berkaitan dengan pindaan perlembagaan.

“Perjanjian yang tidak berperlembagaan ini menunjukkan seolah-olahnya Perdana Menteri tidak yakin beliau akan mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

“Sekiranya beliau yakin, maka tidak perlulah beliau mengambil tindakan yang tidak berperlembagaan ini.

“Lebih daripada itu, saya bimbang sekiranya perjanjian ini dianggap sah, maka kerajaan pimpinan PH akan memaksa Ahli-Ahli Dewan Rakyat mereka mengundi usul-usul atau rang undang-undang lain pada masa akan datang, termasuk yang berkaitan dengan pindaan perlembagaan.

Advertisements

“Ini kerana, sepertimana yang didakwa oleh Perdana Menteri, beliau telah pun mempunyai sokongan 148 Ahli Dewan Rakyat, iaitu genap majoriti 2/3 Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang membolehkan pindaan perlembagaan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah ujar Muhyiddin lagi, sekiranya perjanjian persefahaman yang berunsur kediktatoran (dictatorial) itu dianggap sah, maka tidak mustahil pindaan perlembagaan yang bertentangan dengan naluri (conscience) Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan nilai masyarakat di negara ini akan diluluskan oleh Dewan Rakyat secara paksa.

“Rakyat Malaysia tentunya tidak mahu pilihanraya yang diadakan secara bebas, adil dan demokratik akhirnya menghasilkan sebuah kerajaan yang tidak demokratik.

Dalam dokumen perjanjian Kerajaan Perpaduan yang dimeterai antara lima gabungan politik, kelmarin antara syaratnya ialah mengikat mana-mana Ahli Parlimen yang gagal, enggan dan cuai untuk mengekalkan keabsahan Kerajaan Perpaduan Malaysia dalam sebarang undian di Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka serta-merta.

Dokumen itu antara lain menjelaskan setiap parti gabungan hendaklah mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan keabsahan Kerajaan Persekutuan.

Setiap parti juga hendaklah bertanggungjawab menguruskan secara dalaman bagi memastikan sokongan Parlimen untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan Malaysia dalam sebarang undian.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan