Tuesday, July 21, 2026

Selepas Jamal Abdillah, Ummi Nazeera tarik diri dari MN

Pada 15 Disember lalu, Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Ummi bersama  Jamal dan Datuk Seri Eizlan Yusof adalah antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SELEPAS penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah memilih untuk berundur diri sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) semalam, keputusan yang sama turut dibuat oleh pelakon Ummi Nazeera, 32.

Ummi menerusi perkongsian di Instagram berkata, keputusan itu dibuatnya selepas mengambil kira kegusaran daripada peminat-peminat serta pihak-pihak berkepentingan.

“Saya akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan juga fokus kepada keluarga saya.

“Terima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik saya dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua,” katanya.

Untuk rekod, pada 15 Disember lalu, Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Ummi bersama  Jamal dan Datuk Seri Eizlan Yusof adalah antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN.

Mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik, pempengaruh serta melangkaui parti politik yang akan membantunya menggerakkan pertubuhan NGO berkenaan.

Terdahulu, Jamal Abdillah mengumumkan pengunduran dirinya dari MN atas alasan prinsip dirinya tidak sesuai terbabit perihal sebegitu.

Keputusan tersebut dilakukan Jamal selepas merasakan bertentangan prinsip dirinya.

Jamal dilaporkan berkata, sebagai penghibur dia perlu bersifat berkecuali membabitkan hal semasa dengan melontarkan pendapat peribadi tanpa mewakili mana-mana pihak.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan