24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Anthony buat pemeriksaan mengejut di KLIA2 pula

Semua pemegang taruh diseru sentiasa berusaha menambah baik kemudahan dan menceriakan pengalaman pengguna di lapangan terbang.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JIKA sebelum ini beliau melakukan spot check (pemeriksaan mengejut) bagi menilai situasi sebenar perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), kali ini Anthony Loke Siew Fook turun meninjau situasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pula.

Menteri Pengangkutan itu, mengambil kesempatan itu pagi ini sebelum hadir pada Majlis Pelancaran Tambang Murah Penerbangan AirAsia sempena Tahun Baharu Cina di ibu pejabat AirAsia RedQ di Sepang.

“Tujuan saya pagi ini melihat keadaan di hab pengangkutan awam di Aras 1, KLIA2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai.

“Ada beberapa kelemahan terutama di ruang menunggu e-panggilan yang perlu diperbaiki.

Advertisements

“Salah satu satunya ialah lorong jalan yang tidak rata akibat mendapan tanah yang boleh membahayakan pengguna,” katanya hari ini.

Anthony berkata, pihak pengurusan telah melantik kontaktor dan kerja-kerja menaik taraf akan dijalankan pada hujung bulan depan.

“Sistem pencahayaan juga akan ditambah baik supaya keadaan pada waktu malam lebih terang.

“Saya mengajak semua pemegang taruh untuk sentiasa berusaha menambah baik kemudahan dan menceriakan pengalaman pengguna di lapangan terbang kita,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan