24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Air Selangor masih jalankan ujian persampelan

Pemantauan rapi dijalankan antara Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengatasi pencemaran bau yang berlaku.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AIR Selangor masih menjalankan ujian persampelan air secara berkala bagi mengukur bacaan pencemaran bau (ton) air sungai susulan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi (LRA Bukit Tampoi) berikutan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, pemantauan rapi dijalankan antara Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengatasi pencemaran bau tersebut agar LRA Sg Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dapat beroperasi semula dengan segera.

Henti tugas kedua-dua loji rawatan air itu menyebabkan sebanyak 472 kawasan di lima wilayah iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan) mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 7 pagi semalam.

Advertisements

Pencemaran bau di Sungai Semenyih berpunca daripada tumpahan cecair akibat kemalangan lori membawa muatan pati minyak wangi di KM 44.1 arah utara, Lebuhraya Elite berdekatan Bandar Serenia (kawasan Negeri Sembilan).

Kejadian itu menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihentikan pada jam 2 pagi dan LRA Bukit Tampoi 6 pagi semalam.

Menurutnya, jarak lokasi nahas dengan LRA Sg Semenyih sekitar 6.4 kilometer (KM) dan LRA Bukit Tampoi 18 km. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan