29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada masyarakat beragama Kristian.

Ucapan itu dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat naik di hantaran laman Facebook rasmi Istana Negara.

“Selamat Menyambut Hari Natal.

“Semoga perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat yang beragama Kristian di Malaysia,”menurut hantaran itu.

Hari Natal atau Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan