29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM tolak Mercedes S600, warganet puji

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan kereta jenis Mercedes S600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki pejabat.

Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

“Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat.

“Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas saya.

“Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya dalam hantaran Facebook, malam tadi.

Advertisements

Sementara itu, rata-rata warganet memberikan komen yang positif terhadap langkah yang diambil oleh Perdana Menteri itu.

Tidak kurang juga ada yang “mengusik” supaya kenderaan mewah untuk jawatan nombor satu negara itu diberikan kepada mereka.

“Inilah ciri-ciri pemimpin dan Perdana Menteri yang kita ingin sejak dari dulu lagi. Terbaik Datuk Seri Anwar Ibrahim,”kata Leslie Stanley.

Seorang lagi warganet, Tan Choong How, berkata jimat cermat amalan mulia.

Tidak kurang yang mengusik seperti warganet Dekmi Nakhoda, terbaik my PM, saya ada Alza yang jarang digunakan. Kalau nak guna call saya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan