25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

PM terima kunjungan Sultan Brunei di Seri Perdana hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima keberangkatan tiba Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah hari ini.

Sultan Hassanal berkenan melawat Anwar dalam satu pertemuan yang dijangka diadakan di Bangunan Seri Perdana hari ini menerusi lawatan khas Paduka Seri Baginda ke Malaysia.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, pertemuan itu merupakan julung kali diadakan antara Perdana Menteri dan Paduka Seri Baginda selepas Anwar dilantik sebagai ketua kerajaan pada 24 November lalu.

Lawatan terakhir Paduka Seri Baginda ke Kuala Lumpur ialah pada 4 hingga 6 Mac 2019 iaitu untuk menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

“Malaysia dan Brunei Darussalam mempunyai hubungan istimewa yang telah lama terjalin melalui persamaan warisan, budaya dan hubungan sesama insan,” katanya di sini

Wisma Putra berkata, bertitik tolak daripada hubungan istimewa itu, kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang semasa lawatan untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada di samping meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan yang boleh memberi manfaat kepada kedua buah negara.

“Perdana Menteri akan turut meraikan Sultan Hassanal Bolkiah selain Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen serta rombongan dalam satu majlis santapan tengah hari.

Pada tahun 2021, Brunei merupakan rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM 8.03 bilion,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Rumah terbuka: KPKM jamin bekalan makanan asas mencukupi

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bahawa bekalan makanan asas mencukupi sepanjang bulan Syawal ini. KPKM dalam kenyataannya...

Lagi Artikel Berkaitan