28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Muhyiddin seru jentera parti kerjasama bantu mangsa banjir

Paras air sungai di Pahang, Perlis, Sarawak, Selangor dan juga beberapa kawasan di Johor mula meningkat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEMUA jentera parti politik dan serta badan-badan sukarela diseru untuk bekerja sama dan menolong membantu mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara.

Seruan itu disuarakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melahirkan rasa bimbang dengan keadaan hujan yang lebat di beberapa kawasan dan paras air yang semakin menaik di sungai-sungai utama.

Muhyiddin berkata, ini membabitkan paras air sungai di Pahang, Perlis, Sarawak, Selangor dan juga beberapa kawasan di Johor, seperti yang telah diramalkan sebelum ini.

“Saya mengerahkan jentera Perikatan Nasional (PN) utamakan bantuan kepada rakyat di kawasan masing-masing,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan juga diharap sentiasa bersiap-siaga untuk menghadapi situasi banjir dan membantu mangsa-mangsa.

“Saya mendoakan agar penduduk di kawasan-kawasan yang dilanda banjir terselamat dan kita semua dilindungi dari musibah banjir ini, insya-Allah,” katanya.

Sebelum ini, hampir semua parti politik menolak cadangan pembubaran Parlimen tahun ini memandangkan Jabatan Meteorolgi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut akan melanda negara pada pertengahan November 2022.

Mereka mahukan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun hadapan bagi mengelak diadakan pilihan raya ketika musim banjir.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri atas perkenan Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan