24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Keahlian UMNO Shahidan, tiga lagi digugurkan

UMNO juga siasat ahli-ahli parti itu yang mengiringi keempat-empat calon tersebut yang disifatkan sebagai penyokong

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEAHLIAN empat ahli UMNO termasuk Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim digugurkan susulan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan hari ni.

Turut digugurkan keahlian ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin yang bertanding bebas di kerusi Parlimen Padang Besar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi.

Nasib sama juga dikenakan terhadap Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Datuk Azhar Ahmad.

Ismail bertanding atas tiket PN di Parlimen Maran manakala Azhar sebagai calon bebas di DUN Kuala Perlis.

Advertisements

Kesemua mereka tidak dicalonkan oleh BN dalam PRU-15.

Ahmad berkata, pengguguran keahlian tersebut dibuat setelah mendapati ahli-ahli berkenaan mencalonkan diri mereka bertanding mewakili parti lawan selepas proses penamaan calon diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabtu lalu.

“Pengguguran keahlian keempat-empat mereka ini adalah selaras dengan Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO yang menyebut; seseorang ahli yang menang bertanding dan meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan dalam pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri akan gugur keahlian dengan sendirinya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dengan pengguguran keahlian tersebut, jawatan mereka di peringkat UMNO Bahagian akan dipangku oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang berkenaan.

Tegas beliau, beberapa ahli lain termasuk mereka yang dilihat mengiringi empat calon berkenaan semasa proses penamaan calon yang boleh disifatkan sebagai menyokong calon parti lawan kini sedang dalam proses siasatan sebelum tindakan lanjut diambil. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan