25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Cuti umum khas pada 18 November dikaji – Ismail Sabri

Semalam, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa mengisytiharkan 18 Nov sebagai cuti umum khas.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN sedang mengkaji pemberian cuti umum khas sehari sebelum hari mengundi pada 18 November, bagi memudahkan pemilih pulang dan mengundi pada keesokannya.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan dikaji.

Menurutnya, cuti sehari sebelum PRU15 sudah dibincangkan selain meminta semua menunggu sebarang kemungkinan lebih banyak pengumuman penting yang akan dimaklumkan.

“Kita dah bincang perkara ni, cuma timing tu tunggulah bila pengumuman,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Bera, Pahang, hari ini.

Semalam, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa mengisytiharkan 18 November sebagai cuti umum khas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian, manakala undi awal, pada 15 November.

Advertisements

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, langkah itu bagi membolehkan rakyat mempunyai masa mencukupi pulang ke kampung bagi tujuan mengundi.

“Meskipun tarikh mengundi pada Sabtu dan kebanyakan rakyat tidak bekerja hari tersebut, cuti umum tambahan sehari (Jumaat) wajar diberi memandangkan ramai mengundi bukan di lokasi kerja.

“Ada dalam kalangan pengundi yang perlu melakukan perjalanan lebih empat jam bagi menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

“Begitu juga penduduk Labuan, Sabah dan Sarawak di Semenanjung, jadual penerbangan terhad mungkin menyukarkan mereka pulang pada hari mengundi,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan