28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

1 undi PH, PN, GTA = 1 undi ranapkan negara – Zahid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas naratif yang dimainkan parti lawan apabila melabelkan satu undi Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) umpama memberi satu untuk meranapkan masa depan Malaysia.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, ini amat berbeza jika memberi undi kepada partinya umpama satu undi untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran negara.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, memberi satu undi untuk PN adalah bermakna mereka memberi satu untuk PH memandangkan sebelum ini Pengerusi PN beria-ia mahu membina ‘khemah besar’ dalam kalangan parti bukan BN.

“Bukankah Pengerusi PN yang beriya-iya mahu bersama PH sebelum ini? Maka tidak mustahil PN akan bekerjasama juga dengan PH akhirnya, terutama setelah gagal peroleh cukup kerusi untuk bentuk kerajaan.

“Sebab itu PPBM (Bersatu) tampak down (kecewa) apabila ‘khemah besar’ tak menjadi. BN of course (sudah tentu) tidak ada sebab pun untuk down (kecewa).

“Buat apa perlu down (kecewa), What a joke (lawaklah). Lantak kome (kamu) le dengan ‘khemah besar’ kerana BN tetap BN,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Sebelum ini parti-parti lawan terutama PH memomokkan para pengundi bahawa setiap satu undi yang diberikan kepada BN adalah memberi satu undi kepada Zahid untuk menjadi Perdana Menteri.

Naratif ini, sepertimana dikatakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, adalah usaha parti lawan untuk mengelirukan pengundi menjelang hari pengundian pada 19 November ini.

Advertisements

Zahid berkata, jika PN dan PH bergabung membentuk semula kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, ia bakal membawa musibah kepada rakyat dan negara.

“Kerajaan gagal 22 bulan + kerajaan gagal 17 bukan = musibah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk berkata, pengundi perlu memilih BN dalam PRU-15 ini bagi memastikan PN dan PH tidak boleh membentuk kerajaan.

Lagi pula, katanya, memberikan satu undi kepada PH bermakna mereka memberikan satu undi untuk DAP kerana parti itu terang-terangan adalah pembuat dasar bagi PH.

“DAP malah tampak lebih menguasai semasa PH menjadi kerajaan 22 bulan. Timbalan Menteri daripada DAP pun dilihat lebih berkuasa berbanding Menteri.

“Mungkin DAP diminta kurang menampil kali ini sebab mahu sembunyi fakta ini,” katanya.

Mengenai GTA, Zahid berkata, satu undi untuk parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad iru umpama memberi satu undi untuk ‘manifesto bukan kitab suci’, satu undi untuk ‘rakyat dituduh pemalas’ dan ‘rakyat perlu ikat perut’.

“Satu undi untuk GTA bermakna satu undi untuk ‘bon samurai’ yang kononnya untuk bayar hutang, tetapi hutang makin bertambah,” katanya penuh sinis. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan