25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Manifesto BN realistik, bukan janji melampau – Ismail Sabri

BN berpijak di bumi nyata dan apa dibentangkan dalam manifesto dan Bajet 2023 boleh dan sedia untuk dilaksanakan. 

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MANIFESTO Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disifatkan sebagai sesuatu yang realistik dan bukan janji melampau untuk membeli undi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BN berpijak di bumi nyata dan apa dibentangkan dalam manifesto dan Bajet 2023 boleh dan sedia untuk dilaksanakan. 

Menurut beliau, apa dijanjikan parti tersebut suatu yang boleh dilaksanakan bukan janji bulan dan bintang seperti pembangkang.

“Sebagai contoh menghapuskan kemiskinan mutlak melalui skim bantuan pendapatan asas yang dikreditkan automatik setiap bulan kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang RM2,208.

“Kita melalui bantuan Keluarga Malaysia kepada mereka mempunyai anak lima, bantuan terus tunai RM2500, ini melebihi garis kemiskinan. Apa yang kita buat sudah pun dimasukkan dalam Bajet 2023.

“Sistem asuhan dan pendidikan awal nasional percuma kepada semua kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah, sistem persekolahan tanpa buku teks serahan komputer riba percuma, kita sudah pun melaksanakan Peranti Siswa. 

“Apa yang kita bentang dalam manifesto BN kita bersandarkan kepada Bajet 2023 dan ada cadangan baru dalam manifesto kita. Ia (Bajet 2023) akan ditambah baik apabila kita bentangkan semula,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Kenduri Kampung Bersama Penduduk Kampung Bohor Baru di pekarangan Dewan Orang Ramai Kampung Bohor Baru di Bera, Pahang, hari ini. 

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan manifesto parti menerusi Perancangan Amal dan Usaha (PADU) yang di dalamnya terdapat 99 Amal dan Usaha BN yang akan menjadi panduan mengemudi negara.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, jika dilihat dalam manifesto BN yang diumumkan Ahmad Zahid semalam, sebahagian besarnya sudah diumumkan dalam Bajet 2023.

“Sebab itu saya kata bajet itu akan bentang semula dalam Parlimen dan kalau BN menang kita akan bentang semula seperti dalam manifesto BN,” katanya

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan