31 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Budak perempuan 11 tahun maut didera bapa tiri

Terdapat juga kesan-kesan cedera lebam di bahagian punggung, buah dada dan lengan mangsa.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun meninggal dunia dipercayai didera oleh bapa tirinya dalam kejadian di kediaman suspek di Taman Sri Ramal, Kajang semalam.

Difahamkan, kejadian berkenaan terbongkar apabila pihak Hospital Serdang menerima pesakit kanak-kanak perempuan warga tempatan kira-kira pukul 12.39 tengah malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, mangsa dibawa menggunakan ambulans dari rumahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan doktor pakar mendapati punca kematian mangsa dipercayai daripada kesan hentakan benda tumpul pada bahagian kepala dan abdomen (perut) yang menyebabkan ususnya pecah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Zaid lagi, terdapat juga kesan-kesan cedera lebam di bahagian punggung, buah dada dan lengan mangsa.

Baca juga:   Bacaan sungai di 7 negeri terkawal, tiada pada paras bahaya

“Bertindak atas maklumat, polis menahan bapa tiri mangsa berusia 53 tahun ketika berada di pekarangan Hospital Serdang kira-kira pukul 2.25 petang tadi.

“Siasatan lanjut mendapati suspek mengaku ada memukul mangsa sebelum ini menggunakan tangan, kaki dan baldi di dalam tandas akibat marah.

“Suspek bertindak demikian kerana mendakwa mangsa sering membuat masalah di rumah semasa ketiadaan ibunya,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan permohonan reman ke atas suspek akan dilakukan esok.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tak serik didakwa kali ketiga curi pakaian, seluar dalam lelaki

SEORANG wanita yang juga ibu tiga anak tidak serik-serik apabila dia sekali lagi dituduh atas kesalahan serupa iaitu mencuri...

Lagi Artikel Berkaitan