31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bas bawa pelajar UPSI terbabas, calon BN ke lokasi nahas

Siasatan awal mendapati terdapat kira-kira 60 penumpang terdiri daripada pelajar UPSI di mana 11 penumpang dan pemandu cedera ringan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabas ke cerun bukit di Jalan Slim Lama dekat Kota Malim Prima di Tanjung Malim, Perak, petang tadi.

Kejadian sekitar pukul 7 petang itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan menghantar pelajar pulang ke asrama, namun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.

Difahamkan, seramai 11 pelajar cedera manakala pemandu bas yang tersepit telah berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, maklumat awal diterima pada pukul 7.03 petang yang memberitahu terdapat sebuah bas terbabas sendiri.

“Siasatan awal mendapati terdapat kira-kira 60 penumpang terdiri daripada pelajar UPSI di mana 11 penumpang dan pemandu cedera ringan.

“Kesemua mereka dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya. 

Dalam pada itu, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tanjung Malim pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Datuk Dr Mah Hang Soon kebetulan melalui lokasi nahas berkenaan.

Calon BN kerusi Parlimen Tanjung Malim PRU15, Datuk Dr Mah Hang Soon (tengah) bertanya khabar keadaan mangsa nahas selepas secara kebetulan melalui lokasi tersebut. FOTO: Facebook Dr Mah Hang Soon

Menurutnya melalui Facebook rasminya, ketika itu beliau dalam perjalanan melalui Jalan Slim Lama menghala ke Kampus Baru UPSI.

“Saya melihat ada kemalangan yang berlaku melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar-pelajar UPSI. Saya dimaklumkan 18 pelajar telah dihantar ke Hospital Slim River dan yang selebihnya dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjong Malim untuk menerima rawatan.

“Saya doakan semuanya berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan yang serius,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan