27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KJ layak jadi PM suatu hari nanti – Ismail Sabri

Apa yang diperlukan oleh calon Parlimen Sungai Buloh itu ialah mendapatkan sokongan daripada parti dan Barisan Nasional (BN) serta menang pada pilihan raya umum pada satu masa nanti.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyifatkan Khairy Jamaluddin memang layak untuk diangkat menjadi perdana menteri pada masa akan datang.

Bekas penyandang kerusi Parlimen Bera itu berkata, apa yang diperlukan oleh calon Parlimen Sungai Buloh itu ialah mendapatkan sokongan daripada parti dan Barisan Nasional (BN) serta menang pada pilihan raya umum pada satu masa nanti.

“Ok, memang KJ (Khairy Jamaluddin) kata itu (hasrat jadi PM dan memimpin Umno) bukan untuk sekarang (tetapi) untuk masa akan datang. Memang dia layak untuk menjadi perdana menteri akan datang, kalau menang pilihan raya, dapat sokongan daripada parti, tentu sahaja KJ salah seorang yang layak diangkat sebagai perdana menteri suatu masa nanti,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis ramah mesra perdana menteri bersama warga Parlimen Ayer Hitam di Kompleks Balai Orang Ramai, Taman Suria, Ayer Hitam, Kluang, Johor, hari ini.

Advertisements

Turut hadir pada majlis itu ialah presiden MCA yang juga penyandang kerusi Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong, Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad dan juga Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.

Ismail Sabri berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan bekas penyandang kerusi Parlimen Rembau itu yang menyuarakan hasrat untuk memimpin Umno dan seterusnya menjadi perdana menteri satu hari nanti, dalam satu ceramah umum di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, malam tadi.

Khairy dipetik oleh media sebagai berkata sekiranya pengundi Sungai Buloh boleh mengundinya sekali gus memenangi kerusi parlimen itu, beliau bukan hanya akan membela nasib masyarakat di sana tetapi juga memimpin negara pada satu hari nanti.

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan