25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Daim simpati nasib bekas pekerja Utusan Melayu

Penutupan Utusan sememangnya satu peristiwa menyedihkan kerana ia merupakan satu entiti yang melambangkan perjuangan orang-orang Melayu sejak zaman sebelum merdeka.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TOKOH konglomerat terkenal, Tun Daim Zainuddin melahirkan simpati kepada nasib bekas pekerja Utusan Melayu (Utusan) yang masih menunggu pampasan dari bekas majikan mereka walaupun syarikat itu telah tiga tahun ditutup.

Dalam pertemuan selama 45 minit dengan wakil bekas pekerja Utusan Melayu di pejabatnya di Menara Ilham, Kuala Lumpur hari ini, Daim menyatakan sokongan kepada perjuangan bekas kakitangan Utusan yang teraniaya.

“Kalau nak tutup syarikat tutup la, bayarlah apa yang patut kepada pekerja,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Daim banyak memberi semangat dan nasihat mengenai tindakan yang boleh diambil dalam perjuangan bekas pekerja Utusan menuntut hak.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan agar kumpulan gerakan perjuangan menuntut hak itu meminta ehsan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk masuk campur kerana diyakini boleh membantu bekas pekerja Utusan.

Advertisements
Dalam pertemuan selama 45 minit itu, Daim Zainuddin menyatakan sokongan kepada perjuangan bekas kakitangan Utusan yang teraniaya.

“Penutupan Utusan sememangnya satu peristiwa menyedihkan kerana ia merupakan satu entiti yang melambangkan perjuangan orang-orang Melayu sejak zaman sebelum merdeka,” katanya.

Ahad ini genap tiga tahun syarikat Utusan Melayu ditutup dengan kaedah penggulungan sukarela, bagaimanapun tiada sebarang pampasan diberikan kepada kira-kira 1,500 bekas pekerja dan pengambil skim pemberhentian sukarela (VSS).

Sabtu lepas, seramai 300 orang bekas kakitangan Utusan mengadakan perjumpaan semula sempena memperingati ‘kematian’ syarikat akhbar Melayu tertua itu di hadapan bekas bangunan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

Perjumpaan yang diadakan sempena memperingati ulang tahun ketiga penutupan Utusan itu mencatat sejarahnya tersendiri kerana dihadiri oleh wakil semua bekas pekerja tanpa mengira status dan kali pertama pernah diadakan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan