32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Lapar sahabat sama diingat, susah saudara sama dirasa

Rosli yang pernah menabur bakti lebih 26 tahun di Kumpulan Utusan (Melayu) Malaysia Berhad, kini diuji masalah kesihatan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang ini meluangkan masa menyantuni bekas wartawan hiburan tersohor Utusan Malaysia, Rosli Manah, 55, di kediaman beliau, di Kajang, Selangor.

Rosli yang pernah menabur bakti lebih 26 tahun bersama syarikat Utusan Melayu Malaysia Berhad, kini diuji masalah kesihatan.

Ismail Sabri tiba pada pukul 3 petang tadi dan meluangkan masa hampir sejam berbual dengan Rosli, isteri Asma Ghani, Aasif Esfan, 26, (anak kedua) dan Daniel Ashman, 18 (anak bongsu).

Manakala anak sulung Rosli, Dean Ilham, 27, keluar bekerja.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera secara peribadi mengenali Rosli sebagai wartawan hiburan sejak tahun 2007.

Hubungan mereka menjadi akrab selepas Rosli banyak membantu karier Gadaffi (Dafi), yang merupakan anak Ismail Sabri dalam bidang hiburan.

Baca juga:   BN miliki kelebihan jika DUN tidak dibubar serentak Parlimen

Sejak Kumpulan Utusan ditutup pada tahun 2019, Rosli melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup keluarganya.

Turut mengiringi Ismail Sabri ialah Pengarah Media dan Komunikasi Strategik beliau, Datuk Ruhaidini Abd Kadir. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Timbalan Menteri Pendidikan ditegur gagal jawab soalan

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur di Dewan Rakyat hari ini kerana tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang...

Lagi Artikel Berkaitan