25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tiga beranak maut Honda Jazz rempuh lori penyelenggara jalan

Mangsa dari Johor Bahru dipercayai dalam perjalanan untuk bercuti di Port Dickson

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA beranak maut selepas kereta mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 216 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka hari ini.

Dalam kejadian berkenaan, Muhammad Nazirul Syafiq Azmi dan Zubaidah Abd Rajak masing-masing berusia 28 tahun dan anak mereka, Muhammad Rizqi, setahun, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Muhamad Ezanee Hamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 11.02 pagi dan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Ayer Keroh dan Tampin dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi kejadian didapati terdapat kemalangan membabitkan Honda Jazz dan sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki.

“Pasangan suami isteri berusia 28 tahun dan anak lelaki berusia setahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan, manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad Nazirul Syafiq Azmi dan isterinya, Zubaidah Abd Rajak serta anak mereka berusia setahun maut. – Sumber: Media sosial

Ujar Muhamad Ezanee, operasi tamat pada pukul 1.09 tengah hari dan kemalangan menyebabkan kesesakan sejauh lima kilometer.

“Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian pasangan suami isteri dan anak mereka itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati lori dipandu lelaki itu sedang menjalankan kerja pembaikan pembahagi jalan tengah dan berhenti di lorong paling kanan bagi meletakkan kon.

“Ketika proses meletakkan kon lori itu dilanggar dari belakang oleh kereta terbabit menyebabkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala,” katanya dalam kenyataan.

Arshad berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat manakala pemandu lori ditahan untuk siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-EDISI9 

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan