Thursday, June 4, 2026

PRU-15: Pelajar institusi bawah KPM diberi cuti 5 hari

Ketetapan berkenaan juga sebagai tanda sokongan KPM bagi pelaksanaan Undi 18 yang telah diwartakan kerajaan pada 1 Disember 2021 dan berkuat kuasa mulai 15 Disember 2021.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARA pelajar institut pendidikan guru, kolej matrikulasi, kolej vokasional dan tingkatan enam diberi cuti pelepasan bagi membolehkan mereka pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bulan depan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, tarikh yang diberikan bermula 17 hingga 21 November ini.

Menurut KPM, ketetapan itu dibuat selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengenai tarikh hari pengundian PRU-15 yang telah ditetapkan pada 19 November ini.

“Tempoh pelepasan yang diberikan ini adalah bagi membolehkan pelajar mempunyai masa mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing.

“Pada masa sama, katanya, langkah itu juga sebagai tanda sokongan kementerian bagi pelaksanaan Undi-18,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut KPM, ketetapan itu juga sebagai tanda sokongan kementerian bagi pelaksanaan Undi 18 yang telah diwartakan kerajaan pada 1 Disember 2021 dan berkuat kuasa mulai 15 Disember 2021.

“Sehubungan dengan ini, semua kelas atau aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tempoh tersebut perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan