31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Malaysia perlu tingkat keupayaan pertahanan negara

Aset kententeraan sedia ada sudah terlalu lama dan tidak mampu memenuhi keupayaan bagi menghadapi ancaman ketenteraan moden.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA perlu meningkatkan keupayaan pertahanan dengan pemodenan aset ketenteraan sebagai langkah memperkukuhkan keselamatan dan kedaulatan negara khususnya di perairan Laut China Selatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharram berkata, aset kententeraan sedia ada sudah terlalu lama dan tidak mampu memenuhi keupayaan bagi menghadapi ancaman ketenteraan moden.

Katanya, siri pencerobohan tentera China di perairan Laut China Selatan berdekatan Sabah dan Sarawak, menjadi isyarat Malaysia perlu meningkatkan keupayaan aset ketenteraan dalam tempoh segera.

“Pelbagai ancaman terkini berlaku mutakhir ini sebagaimana banyak dilaporkan di media tempatan, antaranya pencerobohan berterusan China di Laut China Selatan dan penemuan serpihan roket di Sarawak.

“Juga risiko ancaman berterusan ekoran pencerobohan ruang udara Malaysia Timur oleh jet pejuang China.

RUSLAN MUHARRAM

“Justeru, tumpuan dan bajet khusus wajar diperuntukkan bagi meningkatkan keupayaan aset ketenteraan kita untuk memastikan kepentingan dan kedaulatan negara di Laut China Selatan terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   PRU-15: Muhyiddin dedah bertemu dua jam dengan Hadi

Tambah Ruslan, Malaysia wajar mengambil tindakan sama seperti negara-negara jiran yang telah menyediakan peruntukan besar bagi meningkatkan keselamatan menerusi pelan modernisasi ketenteraan.

“Inisiatif negara seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam itu sebagai langkah memperkasa keselamatan di perairan masing-masing susulan ancaman sama diterima di Laut China Selatan.

“Indonesia sebagaimana dilaporkan media asing telah berbelanja sehingga USD125 bilion dalam pelan modernisasi ketenteraan, manakala Thailand di sebalik kemelut pandemik Covid-19 telah membelanjakan sehingga USD7 bilion setahun secara purata bagi lima tahun ke belakang bagi perolehan ketenteraan.

Baca juga:   645 Usahawan Platinum Mara berjaya jana jualan RM3.5 bilion

“Vietnam yang sebelumnya jauh ketinggalan di belakang Malaysia kini mampu berbelanja sehingga USD5.5 bilion bagi peruntukan keselamatan negara,” katanya.

Ruslan yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) menambah, Malaysia harus mengambil langkah persediaan lebih rapi ekoran krisis geopolitik kian memuncak ketika ini yang telah dibuktikan melalui konflik Russia-Ukraine serta yang bakal berlaku di antara China dan Taiwan.

Jelas beliau, ia penting bagi memastikan Malaysia tidak dianggap lemah pada persepsi negara lain sekaligus mampu bertindak menjaga hak dan kedaulatan negara di Laut China Selatan.

“Ini adalah pendapat peribadi saya kerana kepentingan serta keselamatan rakyat dan negara ini keutamaan saya dan sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk pastikan aspek ini terpelihara,” tegasnya. – Edisi 9

Baca juga:   KASA kenal pasti beberapa langkah mitigasi atasi banjir

Wartawan

Terkini

Muhyiddin belanja wang KWSP untuk rakyat – Anwar

PERBELANJAAN kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk rakyat sebahagian besarnya diambil daripada Kumpulan Wang Simpanan...

Lagi Artikel Berkaitan