25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Maritim Malaysia bantu kru kapal cedera ketika pelayaran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menyelamatkan seorang kru kapal warga asing yang cedera ketika dalam pelayaran di perairan Pulau Ketam, berhampiran Pelabuhan Klang hari ini.

Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, mangsa S. Deepan Chakravarthi, 30, warga India cedera ketika melakukan kerja-kerja menggunakan mesin.

Menurut beliau, mangsa cedera di bahagian bibir, hidung dan patah dua batang gigi serta mengalami pendarahan sederhana telah dibawa ke Jeti Polis Marin Pulau Indah sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulan untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan daripada Bahagian Pengurusan Trafik dan Bantuan Pelayaran Jabatan Laut kira-kira pukul 6.45 petang semalam bahawa terdapat seorang kru kapal tercedera semasa melakukan kerja menggunakan mesin.

“Sejurus menerima maklumat, bot Perkasa 35 yang sedang dalam rondaan operasi telah diatur gerak ke lokasi.

“Bantuan Casevac (casualty evacuation) ditamatkan awal pagi ini pada jam 12.55 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Siva Kumar berkata, Casevac adalah operasi pemindahan mangsa yang cedera menggunakan jalan laut atau udara yang tidak menggunakan kenderaan perubatan bagi memindahkan mangsa ketika kecemasan.

Untuk rekod, Kapal MV Guld Jalmuda yang berasal dari China telah berlayar pada 5 Oktober 2022 dan dijangka tiba di Arab Saudi pada 8 November.

Kapal tersebut mempunyai 20 orang kru warga India dan dua warga Ukraine serta empat warga Filipina. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan