26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Anak muda perlu punya tekad untuk jadi pemimpin hebat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GOLONGAN muda perlu mempunyai tekad di dalam diri jika sekiranya mereka mahu menjadi seorang pemimpin yang hebat, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, mereka juga perlu mempunyai wawasan serta perancangan yang jelas berhubung arah tuju organisasi yang diwakili.

“Untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat, setiap daripada individu itu hendaklah mempunyai tekad.

“Selain itu, wawasan serta perancangan yang jelas ke mana arah tujuan kita membawa organisasi yang diterajui,” katanya ketika menjadi panelis dalam Forum Eksekutif Muda Global – Kecemerlangan Kepimpinan yang dikongsi menerusi Facebook beliau hari ini.

Forum anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBD) itu melibatkan lebih 500 penyertaan terdiri daripada eksekutif muda di sektor awam dari dalam dan luar negara.

Panelis lain adalah Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri IR. Dr. Zaini Ujang.

Radzi berkata, dalam kesempatan itu, beliau turut berkongsi perkembangan transformasi pendidikan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan kelak.

“Peserta forum turut berkongsi pandangan mereka dalam pelbagai perkara berkaitan topik perbincangan iaitu kecemerlangan kepimpinan,” katanya.

Radzi berkata, beliau gembira dapat berkongsi pandangan mengenai aspirasi kepimpinan dengan generasi muda sebagai persiapan untuk mereka pula mengemudi negara pada masa hadapan.

“Saya juga amat menghargai segala usaha KBS dalam menyediakan lebih banyak ruang yang membolehkan kepimpinan negara dan pemimpin belia duduk di atas satu platform yang sama dan berkongsi apsirasi serta bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai topik perbincangan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan