26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Perkeso komited laksana 5 inisiatif perlindungan sosial

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) terus komited dalam melaksanakan inisiatif bagi melindungi kebajikan rakyat, terutama keselamatan sosial.

Inisiatif tersebut merangkumi bantuan padanan caruman kepada golongan bekerja sendiri, Program Insentif Penggajian, penambahbaikan Pusat Satelit MyFutureJobs di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Penempatan Pekerjaan Kebangsaan, perlindungan kepada surirumah serta Program Saringan Kesihatan Perkeso.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, bantuan padanan caruman melalui program SPS Padanan Carum akan diteruskan yang mana kerajaan bakal menanggung caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sebanyak 80 peratus.

“Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk pembiayaan penuh caruman bagi orang bekerja sendiri (OBS) yang berkhidmat sebagai sukarelawan dalam sektor awam seperti Sukarelawan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta perkhidmat rumah ibadat.

“Caruman mandatori SKSPS secara berperingkat juga dilaksanakan kepada semua faktor pekerjaan terutamanya dalam sektor-sektor yang berisiko tinggi seperti pengangkutan, pertanian, penternakan, perhutanan, perikanan dan kesenian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia jadi tumpuan pencari kerja

Mohammed Azman berkata, Program Insentif Penggajian pula bakal membuka peluang kerjaya lebih 70,000 di seluruh negara bagi mengurangkan kadar pengangguran.

“Insentif sebanyak RM600 hingga RM750 sebulan selama tiga bulan akan diberikan kepada majikan yang membuat pengambilan kerja seperti orang kelainan upaya (OKU), wanita, bekas banduan, pesara tentera, orang asli dan pekerja dalam sektor pelancongan.

Baca juga:   19,401 liter diesel dirampas di bengkel besi

“Bagi pekerja yang mendapat penempatan pekerjaan boleh memohon bantuan mobiliti, insentif kewangan sebanyak RM500 kepada pencari kerja di luar negeri bermastautin, manakala RM1,000 kepada mereka yang membuat penghijrahan jarak jauh,”ujarnya.

Jelasnya, selain penambahbaikan 13 Pusat Satelit MyFutureJobs di UTC seluruh negara, Perkeso bersama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) akan menubuhkan National Placement Centre sebagai pusat sehenti yang berfungsi sebagai ‘lifelong learning centre’.

“Program Kasih Suri Malaysia juga diteruskan serta diberi peruntukan sebanyak RM25 juta dimana suri rumah membuat caruman KWSP minimum RM60 layak memperoleh insentif padanan tambahan kerjaan bernilai sehingga RM600 setahun,” jelasnya.

Tambahnya, perkhidmatan saringan kesihatan terhadap golongan pekerja turut dilaksanakan bagi mengesan penyakit tidak berjangkit dan penyakit kritikal pada peringkat awal.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Op Tapis Khas: 28,710 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 28,710 individu kerana disyaki terbabit pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam 'Op Tapis...

Lagi Artikel Berkaitan