25.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Agong zahir kecewa politik semasa, tiada pilihan bubar Parlimen

Baginda memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan tiada pilihan selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda memperhalusi permintaan membubarkan Parlimen itu selepas berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Negara, semalam.

Menurutnya, dalam sesi menghadap yang tidak berjadual bermula jam 12 tengah hari itu, Perdana Menteri mengemukakan sembah permintaan beliau untuk perkenan baginda bagi pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa, hari ini.

“Selepas memperhalusi permintaan itu, selaras dengan kuasa-kuasa baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong seperti mana termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi pembubaran Parlimen ke-14,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Kok Chi

Ujar beliau lagi, baginda memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

“Justeru, baginda menzahirkan harapan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tempoh masa terdekat dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan November ini.

“Baginda menegaskan bahawa negara yang kukuh adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi berterusan demi kesejahteraan negara dan rakyat secara keseluruhannya.

Baca juga:   Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Kok Chi

“Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah khususnya banjir,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU-15.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Op Tapis Khas: 28,710 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 28,710 individu kerana disyaki terbabit pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam 'Op Tapis...

Lagi Artikel Berkaitan