26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Pembinaan SK Ukay telah diluluskan – Radzi

SK Ukay berkeluasan dua hektar dengan kapasiti 30 bilik darjah dijangka siap pada penghujung tahun 2025

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN telah meluluskan pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Ukay di Sungai Sering, Gombak, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini dalam proses untuk melantik perunding bagi pelaksanaan projek tersebut yang akan dimulakan tidak lama lagi.

Menurut beliau, dengan adanya sekolah tersebut, ia dapat menyelesaikan masalah ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak ke sekolah yang agak jauh ketika ini.

Katanya, pembinaan SK Ukay itu juga dapat menyelesaikan masalah sekolah padat dengan menyuraikan sebahagian murid ke sekolah baharu.

“Berita gembira buat warga Bukit Antarabangsa, Ukay Perdana dan Sungai Sering berkenaan pembinaan SK Ukay, Sungai Sering, sebuah sekolah baharu yang telah diluluskan pembinaannya.

“KPM komited memastikan pembinaan sekolah ini dilaksanakan mengikut perancangan demi kelestarian pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya hari ini.

Baca juga:   KPM tunggu laporan lengkap kebakaran SMK Balai Ringin

Beliau mengumumkan perkara itu semasa Pogram Bicara Transformasi Pendidikan bersama-sama komuniti di Ukay Perdana, Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Untuk rekod, keluasan tanah di tapak cadangan bagi SK Ukay yang dijangka siap penghujung tahun 2025 itu adalah dua hektar dengan kapasiti 30 bilik darjah.

Pembinaan sekolah tersebut diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Dalam pada itu, Radzi berkata, sempena Majlis Bicara Transformasi Pendidikan Bersama-sama Komuniti itu, KPM sentiasa berusaha menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti untuk bersama-sama KPM dalam program dan aktiviti yang dilaksanakan.

Baca juga:   KPM tunggu laporan lengkap kebakaran SMK Balai Ringin

“Antara lain sebagai platform berkongsi aspirasi serta pandangan ke arah menjayakan transformasi pendidikan demi generasi pewaris negara.

“Pada kesempatan ini, saya jelaskan mengenai pendekatan yang telah, sedang, dan akan dilaksanakan dalam usaha mentransformasi pendidikan, antaranya merangkumi pendigitalan, pengajaran dan pembelajaran dan infrastruktur sekolah,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan