34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

BN pertaruh Ahmad Said untuk rampas Parlimen Kemaman?

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) dijangka akan meletakkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk bertanding di Parlimen Kemaman dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bulan depan.

Langkah parti itu meletakkan bekas Menteri Besar Terengganu tersebut bagi tujuan merampas kembali kerusi berkenaan yang jatuh ke tangan Pas dalam pilihan raya umum lalu.

Menurut sumber, Ahmad yang tidak begitu berminat untuk bertanding di Parlimen, sebaliknya lebih selesa untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal terpaksa akur atas kehendak pucuk pimpinan parti.

“Tok Mat (Ahmad Said) terpaksa akur sebab ini kehendak Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi),” kata sumber tersebut kepada Edisi 9.

Bagaimanapun, difahamkan senarai sebenar calon-calon bagi kerusi Parlimen Terengganu hanya akan diumumkan pada Rabu ini.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah mendapat pencalonan tertinggi daripada UMNO Bahagian untuk bertanding semula di Kemaman.

Dalam PRU-14 lalu, Ahmad Shabery gagal mempertahankan kerusi yang dimenangi apabila tewas kepada Che Alias Abd Hamid dengan majoriti 2,163 undi dalam pilihan raya yang dianggap sebagai ‘tsunami politik’.

Sementata itu, bagi PRU-15, hanya kerusi Parlimen akan dipertandingkan di Terengganu selepas kerajaan Pas tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Parlimen, sebaliknya mahu menunggu sehingga tempoh penggal ke-14 tamat tahun depan. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan