24 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Pembinaan kapal tempur LCS disambung hujung Disember

Garis masa ini mesti dipatuhi semua pemegang taruh khususnya Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB) selaku syarikat pembuat.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMBINAAN kapal tempur pesisir (LCS) akan disambung semula selepas semua rundingan dan setiap perjanjian dalam fasa mobilisasi dimuktamadkan pada penghujung Disember tahun ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, selepas fasa mobilisasi itu selesai, semua pihak terlibat mempunyai tempoh 14 bulan untuk memastikan kapal siap pembinaan.

Menurut beliau, pihak terlibat perlu juga memastikan kapal telah berada di permukaan air sebelum menjalani ujian seperti Harbour Acceptance Test dan Sea Acceptance Trial dalam tempoh tersebut.

“Garis masa ini mesti dipatuhi semua pemegang taruh khususnya Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB) selaku syarikat pembuat. Seperti diarahkan oleh Kabinet, laporan proses rundingan di fasa mobilisasi ini harus dibentangkan kepada Jemaah Menteri secara berjadual.

“Tentang persoalan tempoh siap pembinaan, seperti saya tegaskan sebelum ini sekurang-kurangnya dalam dua tahun ini LCS 1 siap pembinaannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata, sementara menunggu LCS siap sepenuhnya, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah memohon perolehan Littoral Mission Ship kumpulan kedua yang dilengkapi persenjataan lebih menyeluruh.

Baca juga:   PICKids: 17.3 peratus populasi kanak-kanak terima vaksin

Kata beliau, Kementerian Pertahanan telah pun membuat permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan perolehan berkenaan.

Terdahulu, katanya, BNSSB telah selesai mengadakan rundingan dengan 145 vendor tempatan dan 42 pengeluar peralatan tulen (OEM) luar negara.

Beliau berkata, vendor tempatan dan OEM terutama melibatkan peralatan serta sistem utama juga telah memberi akujanji untuk menyokong dan bersama pihak BNSSB bagi meneruskan projek itu.

Tambah beliau, proses penamatan penglibatan ‘orang tengah’ atau pengantara iaitu syarikat Contraves Advanced Devices (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) juga sedang giat dilakukan.

Baca juga:   Tular adik dibuli di kem, Hisham minta pengadu hubunginya

“Penamatan ini akan membolehkan BNSSB berunding dengan OEM dan vendor secara terus tanpa perlu lagi melalui CAD dan CED.

“Langkah ini akan dapat mengurangkan kos peralatan kapal yang perlu dibayar kepada vendor serta OEM memandangkan tiada lagi penglibatan pihak pengantara,”katanya.

Menurutnya lagi, BNSSB juga sedang giat berunding dengan sembilan institusi perbankan bagi tujuan penstrukturan semula hutang dan rundingan dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh mobilisasi.

Tambahnya, perkara berkaitan `detailed design’ juga sedang dirundingkan oleh BNSSB dengan pihak Naval Group dari Perancis bagi memastikan setiap keputusan memenuhi keperluan TLDM.

“Pihak Naval Group juga telah memutuskan akan menghantar pasukan teknikalnya untuk melakukan audit terhadap “detailed design” tersebut pada bulan Oktober.

“Wakil kerajaan Perancis sendiri telah hadir bertemu saya seterusnya menyerahkan komitmen bertulis yang menyatakan bahawa meneruskan dan menyelesaikan projek LCS merupakan keutamaan kerajaan Perancis,” katanya.-Edisi 9

Baca juga:   Raja Salman titah KSrelief bantu Malaysia tangani COVID-19

Wartawan

Terkini

Klip video amaran rusuhan 13 Mei kandungan berbayar – MCMC

TIGA klip video berhubung amaran rusuhan 13 Mei yang dimuatkan di dalam aplikasi TikTok merupakan kandungan berbayar, kata Suruhanjaya...

Lagi Artikel Berkaitan