25.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Banjir kilat: Dua pusat pemindahan dibuka di Pontian, Kluang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HUJAN lebat lebih dua jam pada 10 pagi tadi menyebabkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor melibatkan daerah Pontian dan Kluang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), dalam kenyataan memaklumkan, setakat 4 petang ini, seramai 75 mangsa daripada 26 keluarga dipindahkah ke PPS selepas rumah mereka dinaiki air berikutan banjir kilat.

“Seramai 46 mangsa daripada `13 keluarga dari Kampung Sri Gambut, Pontian ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya yang dibuka pada jam 10 pagi tadi.

“PPS SK Sri Kampung Renggam di Kluang pula dibuka pada jam 1 tengah hari tadi dan menempatkan 29 orang dari Kampung Tengah, Renggam,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPBD agensi kerajaan termasuk Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan keadaan dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Baca juga:   Penduduk Gua Musang, Kuala Krai dan Dungun digesa waspada

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan