24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Maut rempuh belakang lori pekerja selenggara jalan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut apabila kenderaan dipandunya merempuh belakang sebuah lori pekerja yang sedang melakukan penyelenggaraan jalan di Jalan Lapangan Terbang, di Kuching, Serawak, tengah malam tadi.

Mangsa, Yeo Nei Hing, 48, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di beberapa bahagian badan, dalam nahas yang dipercayai berlaku ketika lori itu diletakkan di tepi jalan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 12.34 tengah malam.

Susulan itu, katanya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.

Advertisements

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati seorang lelaki tersepit di tempat duduk bahagian pemandu sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux sebelum anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkannya.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan