25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Muhyiddin tuduh pemimpin UMNO punca imej negara terjejas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KESILAPAN beberapa pemimpin dari parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menyebabkan kedudukan Malaysia merosot sehingga menjejaskan imej baik selama ini.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lebih mendukacitakan, negara juga semakin rosak sehingga ke tahap memalukan kerana perbuatan tidak amanah, rasuah, tidak bertanggungjawab segelintir pemimpin.

“Tindak-tanduk mereka juga menyebabkan kesusahan kepada kehidupan rakyat.

“Oleh kerana itu Bersatu ditubuhkan dengan tujuan mengembalikan semula kedudukan negara ke tahap yang lebih baik dan rakyat dapat menikmati kekayaan ekonomi negara dengan saksama,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Beliau berkongsikan hantaran berkenaan sempena merasmikan Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Pagoh kali keempat untuk tahun 2022.10.9

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu juga menegaskan parti berkenaan dan Perikatan Nasional (PN) dapat menawarkan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat dan negara ini sebagaimana dibuktikan ketika menjadi kerajaan sebelum ini.

“Justeru adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menerangkan kepada seluruh rakyat tentang keperluan memilih Bersatu dan PN dalam pilihan raya akan datang bagi mengelakkan musibah yang lebih dasyat berlaku ke atas negara ini.

Advertisements

“Bayangkanlah kalau UMNO dan BN berkuasa semula, segala perangai lama iaitu rasuah, kleptokrasi, salah guna kuasa, dan penyelewengan akan berulang semula.

Dalam pada itu, ketika berucap dalam majlis tersebut, beliau menyeru seluruh ahli dan kepimpinan parti di seluruh negara agar terus memperkukuhkan saf perjuangan parti.

“Saya juga mengulangi sekali lagi tentang keberadaan Bersatu dalam kancah politik negara adalah dengan satu matlamat besar iaitu meletakkan negara ke satu tahap yang lebih mulia dan lebih dihormati.

“Saya tegaskan Malaysia terkenal di seluruh dunia bukan hanya kerana pembangunan fizikalnya sahaja tetapi juga dari aspek pembangunan manusia, sosial dan ekonomi.

Malah, pada majlis yang sama, beliau menyeru seluruh ahli parti agar lebih agresif dalam gerak kerja parti terutama dalam menambah bilangan ahli seramai mungkin selain mempersiapkan diri dan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 yang dijangka tidak lama lagi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan