34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lapan kandang babi punca air kotor, berbau di Tanjung Sepat

LUAS telah mengeluarkan surat arahan kepada pemilik tanah di bawah Seksyen 121, Enakmen LUAS 1999.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAPAN premis penternakan babi berdaftar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di atas tanah persendirian berstatus pertanian, dikenal pasti menjadi punca kepada pelepasan air kotor dan berbau ke pantai Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian berkata, ia susulan siasatan pihaknya, mendapati terdapat air parit yang mengalir keluar dari tanah lot persendirian dan akhirnya ke laut.

“Berdasarkan pemerhatian fizikal dan laporan pensampelan, kualiti air parit tersebut adalah berada pada tahap yang rendah.

“Siasatan lanjut mendapati aktiviti di kawasan ini hanyalah penternakan babi dan perladangan sawit, dan disyaki aktiviti penternakan babi adalah punca kepada penurunan kualiti air parit ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hee berkata, aktiviti pensampelan juga telah dilaksanakan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di sekitar lokasi premis penternakan itu dan keputusan dicatatkan sangat signifikan dengan aktiviti berkaitan perternakan.

Advertisements

“Ekoran itu, LUAS telah mengeluarkan surat arahan kepada pemilik tanah di bawah Seksyen 121, Enakmen LUAS 1999, yang mengarahkan pemilik tanah untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pembaikan ke atas parit di dalam lot tanah, sehingga kualiti (air) yang akan mengalir keluar adalah berada pada tahap yang baik dan memuaskan.

“Dalam masa sama, pemilik tanah juga diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pembaikan ke atas parit yang berada di luar lot tanah, disebabkan impak yang berpunca daripada parit lot tanahnya,”katanya.

Hee berkata, sekiranya pemilik premis gagal untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh LUAS, satu kertas siasatan terperinci akan dilengkapkan dan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan perundangan selanjutnya.

Media pada 28 Sept lalu, melaporkan kerajaan Selangor telah mengenal pasti pencemaran sumber air yang dialami penduduk Tanjung Sepat, berpunca daripada kaedah konvensional aktiviti penternakan babi dan kawalan pencemaran, berdasarkan lawatan bersepadu pihaknya ke atas beberapa premis ladang ternakan itu di kawasan berkenaan, 23 Sept lepas. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan