36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Suspek tembak polis bantuan direman lima hari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS telah menahan reman seorang lelaki selama lima hari bagi membantu siasatan kes tembak anggota polis bantuan di tepi Jalan Aur Duri, Kampung Seberang, Pasir Mas, Salor, Kota Bahru pada Sabtu.

Suspek berusia 35 tahun itu ditahan reman berkuat kuasa Ahad sehingga Khamis ini.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Ahad.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan mangsa yang berusia 30 tahun cedera di dada selepas terkena tembakan.

“Mangsa sempat menghubungi rakan sekerjanya memaklumkan dirinya terkena tembakan sekitar jam 11.30 malam.

“Mangsa yang menunggang motosikal juga sempat ke kedai nasi lemak di Salor, Kota Bharu untuk meminta bantuan,” katanya menerusi satu kenyataan, lapor Sinar Harian.

Muhamad Zaki berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu bagi rawatan lanjut.

“Mangsa mengalami kecederaan pada paru-paru kanan namun berada dalam keadaan stabil dan masih ditidurkan,”katanya.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan