30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kerajaan lulus 541,315 kuota pekerja asing

Daripada jumlah tersebut 436,613 kuota telah membuat bayaran levi. 

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KSM) memaklumkan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing diluluskan setakat 26 September lalu.

KSM dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah tersebut 436,613 kuota telah membuat bayaran levi. 

Menurutnya, keperluan guna tenaga pekerja warga asing di Malaysia adalah dalam lingkungan 1.8 juta yang merupakan jumlah maksimum yang pernah dicapai setakat ini. 

“Mengambil kira 1.3 juta pekerja warga asing sedia ada serta bilangan kuota yang diluluskan itu, jumlah ini hampir memenuhi permintaan industri untuk keperluan guna tenaga pekerja warga asing.

“Kementerian ini juga mengadakan perbincangan dengan pihak industri mengenai isu kemasukan pekerja warga asing dan dimaklumkan bahawa industri seperti sektor perladangan yang diberikan kelulusan kuota tidak akan membawa masuk guna tenaga pekerja warga asing secara sekali gus.

“Pengambilan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan dan perancangan majikan,” katanya hari ini.

Advertisements

Ujar kementerian itu lagi, majikan boleh membuat perancangan sebegini kerana mereka mempunyai tempoh masa sehingga 18 bulan untuk membawa masuk pekerja warga asing selepas bayaran levi diselesaikan.

“Setakat ini terdapat 1.3 juta pekerja warga asing di sektor-sektor yang dibenarkan pengambilan dan penggajian pekerja warga asing termasuk sektor informal. 

“Pada masa sama, lebih 612,000 pekerja warga asing  berdaftar dan lulus semakan Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) di negara-negara sumber,” katanya.

Selain itu, menurutnya, terdapat seramai 228,321 pekerja warga asing bersamaan 37.3 peratus telah diluluskan Visa Dengan Rujukan oleh pihak Jabatan Imigresen serta sedang menunggu masa untuk tiba di negara ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan