25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Dakwaan warga Bangladesh diberi MyKad untuk mengundi tidak benar

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat berikutan penularan dakwaan palsu tersebut.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp kononnya ramai warga Bangladesh diberikan MyKad menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

JPN dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menegaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar sebaliknya MyKad hanya dikeluarkan kepada individu warganegara Malaysia yang layak sahaja berdasarkan peruntukan perundangan.

“JPN juga ingin menjelaskan bahawa paparan MyKad yang ditularkan dan didakwa milik warga Bangladesh itu adalah tidak benar. Sebaliknya beliau adalah seorang warganegara Malaysia yang sah.

“Beliau telah diambil sebagai anak angkat secara sah dari sudut undang-undang dan dibesarkan oleh satu keluarga cina sejak dari lahir lagi.

“Malah isu ini telah dilaporkan oleh pihak media yang menjelaskan bahawa individu tersebut adalah warganegara Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, JPN berkata, satu laporan polis telah dibuat pada 23 Oktober 2022 berikutan penularan dakwaan palsu tersebut.

“Tindakan ini bukan sahaja boleh menjatuhkan imej dan menjejaskan kredibiliti JPN, malah ianya boleh mencetuskan kebimbangan awam.

“Laporan tersebut dibuat supaya pihak polis boleh menjalankan siasatan terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan dakwaan palsu berkenaan,” katanya.

JPN turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi dan tindakan undang-undang boleh diambil kepada mana-mana individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, JPN di talian 03-88807077 atau e-mel ke [email protected],” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan