27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Malaysia sasar pelaburan digital RM70 bilion menjelang 2025

Kejayaan ini amat penting dalam proses pemulihan ekonomi negara, kerana ia akan mewujudkan peluang pekerjaan berpengetahuan tinggi.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA berada di kedudukan terbaik bagi mencapai sasaran pelaburan
digital sebanyak RM70 bilion menjelang tahun 2025, selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia telah memainkan peranan penting sebagai hab pelaburan digital di ASEAN.

“Sejak inisiatif MSC Malaysia diperkenalkan pada tahun 1996, Kerajaan telah berjaya menarik pelaburan digital bernilai RM384 bilion.

“Ia sekali gus melahirkan lebih 180,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, dengan menjana pendapatan berjumlah RM588 bilion.

“Selepas 26 tahun, MSC Malaysia diberi nafas baharu melalui penjenamaan semula sebagai Malaysia Digital (atau MD). MD berperanan mentransformasi ekosistem ekonomi digital negara dan memacu lebih banyak program berimpak tinggi secara langsung kepada Keluarga Malaysia,”katanya pada Majlis Perasmian Kongres Tekonologi dan Inovasi Dunia 2022 (WCIT 2022) di Pulau Pinang hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, inisiatif MD yang telah dilancarkan pada Julai lalu, telah berjaya meraih nilai Pelaburan Digital Langsung Asing sebanyak RM42 bilion, hanya dalam tempoh dua bulan.

Baca juga:   Berang anak ditampar, bapa cederakan murid Tahun 3

“Nilai ini dijana melalui pelaburan 28 buah syarikat asing yang terdiri daripada syarikat dalam sektor Pusat Data, Penyedia Perkhidmatan IT, Teknologi Kandungan Kreatif, dan Global Business Services ataupun GBS.

“Kejayaan ini amat penting dalam proses pemulihan ekonomi negara, kerana ia akan mewujudkan peluang pekerjaan berpengetahuan tinggi, membantu merancakkan inovasi seterusnya melonjakkan lagi ekonomi digital.

Baca juga:   Berang anak ditampar, bapa cederakan murid Tahun 3

“Sementara itu, perkembangan Pelaburan Digital Langsung Domestik, setakat 24 Ogos 2022 pula telah merekodkan sebanyak RM4.76 bilion.

“Menerusi usaha ini, sebanyak 6,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi sudah diwujudkan dan peluang ini akan terus meningkat pada masa akan datang,”katanya.

Ujar beliau, dengan memiliki infrastruktur bertaraf dunia, ekosistem digital yang holistik dan bakat digital yang berpengetahuan tinggi, hari ini, Malaysia mampu menjadi destinasi pelaburan digital utama di ASEAN.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Kerajaan telah merangka ekosistem pendigitalan untuk mencetuskan inovasi-inovasi yang baharu melalui inisiatif MyDigital, yang mencakupi Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital, dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara 4-IR (Four-iR).

“Dasar-dasar ini akan melengkapkan rakyat dengan pengetahuan dan set kemahiran berkaitan.

“Ia akan membentuk negara mempunyai kesalinghubungan melalui pembangunan infrastruktur digital; menyediakan peraturan sesuai keperluan masa dan fleksibel dengan perubahan teknologi serta mempercepat inovasi.

“Inisiatif MyDIGITAL juga menyokong dasar pembangunan negara khususnya Rancangan Malaysia Ke-12, bagi mentransformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang berpacukan pendigitalan, selain sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital,”katanya. – Edisi 9

Baca juga:   PMKS perlu fokus dua perkara bagi percepat pemulihan - PM

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan