27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Kongsi jika benar tahu lokasi tepat Jho Low

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“KONGSI jika benar tahu lokasi Jho Low di China,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Hamzah berkata, segala maklumat yang diperolehi berhubung kedudukan ahli perniagaan dalam buruan itu perlu dimaklumkan kepada Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Dia tahu, kenapa tidak maklum kepada kita lokasi apa semua?,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Program Visa Premium (PVIP) Malaysia, hari ini, lapor Kosmo!

Beliau berkata demikian ketika menjawab laporan media sebelum ini yang melaporkan individu mirip Jho Low dilihat di taman tema Disneyland Shanghai China pada malam Krismas 2019.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, beliau juga enggan mengulas mengenai dakwaan kononnya wujud perjanjian antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti didedahkan penulis blog, Raja Petra Kamarudin.

“Jika nak tahu surat itu sahih atau tidak? Kenapa tak tanya Raja Petra? Beliau yang bocorkan surat itu,” katanya.

Baca juga:   Kerajaan utamakan pembangunan digital, celik teknologi

Raja Petra mendedahkan kandungan surat perjanjian itu antara lain menyatakan bahawa Ismail Sabri didakwa bersetuju untuk menyegerakan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah jenayah.

Isu sama juga pernah didedahkan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam baru-baru ini termasuk mendakwa Ismail Sabri turut bersetuju mengekalkan Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara.

Baca juga:   Jho Low mahu surat putera Arab dirahsiakan

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya kononnya ada dakwaan nama Najib tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara, Hamzah berkata, beliau mengingatkan kepada semua supaya tidak mempercayai dakwaan berkenaan.

“Sebelum ini ada tahu ke pengkalan data? Kalau tidak tahu, macam mana ada dakwaan?
Kalau bab dakwaan atau surat layang, usah dengar,” katanya.

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan