26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Perwakilan di luar negara akan disusun semula

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Luar (KLN) akan menyusun semula keberadaan pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara, termasuk meneruskan operasi sedia ada, menutup atau membuka yang baharu.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, rasioanalisasi itu adalah antara lima tumpuan kementerian itu sepanjang tahun depan.

Beliau berkata, kementerian itu juga berkemungkinan melantik duta litar (roving ambassador) serta lebih ramai konsul kehormat selain menyusun semula kekuatan pejabat perwakilan Malaysia, termasuk membabitkan gred Ketua Perwakilan, jumlah pegawai dan kelengkapan aset.

“Usaha itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam dan kementerian berkaitan,” katanya pada sidang media Kad Laporan Setahun KLN, di Wisma Putra hari ini, lapor BH Online.

Advertisements

Beliau berkata, selaras dengan cabaran besar semasa dan dengan pendekatan futurist (menjangkakan masa depan) seperti menganalisis ekonomi pesat membangun (emerging economies), serta dengan fokus baharu negara seperti mewujudkan jawatan Atase Bahasa dan Kebudayaan daripada kementerian berkaitan.

“Rasionalisasi ini kalau kementerian, kami sudah bersedia untuk melaksanakannya, tetapi tentulah bukan kami yang menyelaraskan.

“Penyelarasan itu daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kemudian timbullah soal duit. Cuma dalam permohonan kami dalam Bajet 2023 itu kami dah ambil kira rasionalisasi,” katanya.

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan