24.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Kerajaan lulus kenaikan kadar elaun sara hidup pelajar Mara

Kenaikan elaun sara hidup itu membabitkan sejumlah 62,998 pelajar tajaan MARA dalam dan luar negara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RINTIHAN pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal berakhir apabila kerajaan meluluskan kenaikan kadar elaun sara hidup mereka mulai bulan ini.

Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Program Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia bersama 3,000 pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) di German Malaysian Institute, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kenaikan elaun sara hidup itu membabitkan sejumlah 62,998 pelajar tajaan MARA dalam dan luar negara.

“Kadar Elaun Sara Hidup pelajar sedia ada dan baharu bagi yang mengikuti pengajian dalam negara akan diseragamkan kepada satu kadar sahaja mengikut peringkat pengajian.

“Untuk bidang pengajian bermula peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah akan dinaikkan kepada satu kadar sahaja iaitu pada kadar minima RM650 sebulan sehingga maksima RM950 sebulan,” katanya.

Sebahagian pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang hadir pada Majlis Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia di German Malaysian Institute, Bangi.

Dalam ucapannya juga Ismail Sabri berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk peningkatan kos sara hidup serta kekangan kewangan ibu bapa pelajar khususnya kumpulan B40.

Baca juga:   Kopitiam Belia platform curah pendapat, idea tanpa prejudis

“Kadar Elaun Sara Hidup pelajar sedia ada dan baharu bagi yang mengikuti pengajian luar di semua negara diseragamkan kepada dua kadar sahaja iaitu kadar A dan B.

“Kadar ini dinaikkan kepada kadar minima RM1,380 sebulan sehingga maksima RM7,600 sebulan bermula dari peringkat pengajian Sarjana Muda sehinggalah peringkat Doktor Falsafah,”katanya.

Tambah Ismail Sabri, kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan Keluarga Malaysia kalis cabaran.

Baca juga:   Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumikan

“Ia juga merupakan inisiatif kerajaan dan MARA dalam meringankan beban pelajar Keluarga Malaysia dalam mendepani isu kos sara hidup dan inflasi.

“Untuk rekod, kadar elaun sara hidup pelajar dalam negara sebelum ini adalah berdasarkan Kadar A bagi kawasan bandar besar dan Kadar B bagi kawasan luar bandar iaitu minima RM535 hingga maksima RM885 sebulan dari peringkat Diploma hingga Doktor Falsafah.

“Manakala pelajar luar negara pula diseragamkan kepada Kadar A dan B sahaja termasuk Amerika Syarikat yang mana Kadar C dimansuhkan.

“Sebelum ini kadar elaun sara hidup pelajar luar negara adalah antara RM1,200 hingga RM5,712 sebulan.

“Saya harapkan seluruh pelajar Keluarga Malaysia sama ada di dalam dan di luar negara dapat merancang dan menguruskan elaun sara hidup yang disalurkan itu dengan sebaik mungkin agar aspek pembelajaran di institusi masing-masing berjalan lancar,”katanya.

Turut hadir, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan beberapa anggota Jemaah Menteri yang lain. – Edisi 9

Baca juga:   Dr Noor Hisham tiup kata-kata semangat buat petugas hadapan

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan