32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Dua lagi ditahan SPRM, tuntutan palsu RM27 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA  lagi individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM27 juta bagi program latihan berkaitan teknologi digital.

Menurut sumber, bekas pengurus kanan sebuah agensi kerajaan dan pemilik syarikat berkaitan digital berusia 50-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, 7.30 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

Sumber berkata, kedua-dua lelaki itu direman selama dua hari sehingga esok selepas perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Tan Kang Sai mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Semalam, lima individu direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah agensi kerajaan bagi program latihan berkaitan teknologi digital sedangkan latihan berkenaan tidak dilaksanakan.

Kes berkenaan dipercayai melibatkan dua buah syarikat yang telah dibayar tuntutan masing-masing berjumlah lebih RM19 juta dan lebih RM7 juta bagi menjalankan program latihan dari 2016 hingga 2020. – BERNAMA

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan