31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Abang maut, adik parah motosikal bertembung sesama sendiri

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG abang maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan motosikal yang ditunggang adiknya dalam kejadian di Jalan Mambong, Padawan, Sarawak, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa Wellter ak Rippu, 26, bekerja sebagai buruh yang menunggang motosikal Honda Wave maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Manakala adiknya, Terry ak Rippu,18, yang menunggang motosikal Honda EX5 cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, berdasarkan maklumat daripada keluarga, ketika kejadian mangsa sedang mencari adiknya yang keluar memancing.

“Kemalangan berlaku semasa motosikal ditunggang adiknya dari arah Kuching menuju ke Kampung Sikog.

“Apabila sampai Jalan Mambong, dan sedang bergerak lurus motosikal ditunggang dilanggar motosikal ditunggang abangnya yang tiba-tiba masuk ke laluannya dari arah Kampung Sikog,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Mangsa banjir cecah 48,967, Johor paling terjejas

Menurutnya,akibat dari pelanggaran itu adiknya cedera parah di bahagian kepala dan dihantar menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak(HUS).

“Abangnya yang juga cedera parah pada bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Mayat mangsa kemudian telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

PH-UMNO gagal faham kesusahan rakyat – Wan Saiful

AHLI politik Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan menzahirkan perasaan sedih beliau apabila Kerajaan Pakatan Harapan -...

Lagi Artikel Berkaitan