31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

6 direman buat tuntutan palsu projek tebatan banjir Selangor

Kesalahan itu dilakukan keenam-enam suspek bermula tahun 2016 hingga 2021.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ENAM individu termasuk Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat pembinaan direman bagi membantu siasatan tuntutan palsu bernilai hampir RM900,000 bagi kerja naik taraf saliran dan tebatan banjir di Selangor.

Perintah reman selama lima hari itu bermula hari ini terhadap semua suspek termasuk empat wanita berusia 30 hingga 59 itu dikeluarkan Mohamed Redza Azhar Rezali.

Menurut sumber, keenam-enam suspek itu terdahulu ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Selangor.

Katanya, tiga daripada suspek yang merupakan COO, pengarah dan akauntan sebuah syarikat pembinaan dipercayai berpakat untuk meluluskan pembayaran kepada dua buah syarikat.

“Ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf saliran berjumlah lebih RM250,000 dan projek tebatan banjir pula bernilai lebih RM600,000 di Selangor.

“Mereka dipercayai terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu bagi semua projek tersebut sedangkan kerja-kerja itu tidak dilaksanakan,” katanya seperti dilaporkan Kosmo! Online hari ini.

Jelas sumber, kesalahan itu dilakukan keenam-enam suspek bermula tahun 2016 hingga 2021.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim menjelaskan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan