32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Tiada peti sejuk, penapis air untuk banduan VIP – Wan Azri

Orang ramai diminta tidak mempercayai berita palsu mengenai layanan istimewa kepada VIP di penjara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA peti sejuk apa lagi penapis air Coway disediakan dalam penjara untuk banduan orang kenamaan (VIP), kata bekas Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitternya bagi menjawab pertanyaan daripada pengguna bernama Zack @abdrazaknasser: “TV dan peti sejuk ada sir?”.

Malah, beliau meminta orang ramai supaya tidak mempercayai berita palsu mengenai layanan istimewa kepada VIP di penjara.

“Tak ada, jangan percaya sebaran palsu tu. Dalam penjara tak disediakan air batu atau air Coway,” katanya.

Wan Muhammad Azri sebelum itu memberitahu bahawa keadaan sel VIP di Penjara Kajang sama seperti di Penjara Sungai Buloh.

WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS

“Sel VIP Penjara Kajang itu hanya satu bilik berasingan dengan banduan lain. Keluasan 10 kaki kali 15 kaki. Ada kipas siling, ada tilam dan satu bantal.

“Toilet jamban (tandas) cangkung tanpa pintu. Lebih kurang sama macam mana bilik penjara (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tinggal di Sungai Buloh,” tulisnya.

Terdahulu, Jabatan Penjara menafikan dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima layanan istimewa di Penjara Kajang.

Jabatan itu menerusi hantaran di Facebook meminta penyebaran maklumat palsu berhubung kemudahan penjara untuk orang kenamaan (VIP) dihentikan.

Selain itu, jabatan tersebut menjelaskan penularan satu gambar dikatakan sel VIP dengan kemudahan lebih selesa berbanding sel penghuni penjara yang lain, adalah palsu. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan