25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM nafi desakan campur tangan dalam kes Najib

Perkara itu sebagaimana disebut oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai perjumpaan ke arah mengukuhkan parti.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan wujudnya campur tangan beliau dalam kes rayuan akhir membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tiada, tiada,” jawab beliau ringkas ketika ditanya pemberita berhubung dakwaan itu selepas menyempurnakan penutupan Majlis Konsultasi Bajet 2023 di Putrajaya, hari ini.

Najib kini merayu bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Nasib beliau bakal ditentukan oleh lima lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ahad lalu, Najib melafazkan sumpah laknat kali ketiga bagi menafikan pembabitannya berhubung kes penyelewengan dana SRC dan tidak pernah mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana sebanyak RM42 juta itu, datangnya daripada syarikat itu secara langsung atau tidak, sehingga kini.

Advertisements

Difahamkan, semalam, Mesyuarat tergempar melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO yang berlangsung di ibu pejabat parti itu gagal mencapai kata sepakat untuk mendesak Perdana Menteri, campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Najib.

Mengulas mengenai pertemuan bersama pemimpin UMNO di kediaman rasmi Perdana Menteri Seri Perdana semalam, Ismail Sabri memberitahu, ia merupakan satu perjumpaan berhubung persediaan parti ke arah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, perkara itu sebagaimana disebut oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai perjumpaan ke arah mengukuhkan parti.

Berhubung desakan PRU15 diadakan lebih awal pula, beliau berkata: “Tak tahu saya, saya tidak ada semalam (Mesyuarat UMNO), dengar Tok Mat (Mohamad Hasan) buat kenyataan semalam di Perak, antaranya perkukuh parti,” katanya. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan