30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa raih RM6 juta

Selain ditayangkan di Malaysia, sejak 25 Ogos lalu, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa turut ditayangkan secara serentak di seluruh pawagam di Singapura dan Brunei.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SELEPAS tiga hari tayangan, filem aksi ketenteraan, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya meraih kutipan tiket sebanyak RM6 juta.

Berita gembira tersebut diumumkan sendiri oleh pengarah filem berkenaan, Zulkarnain Azhar dan Frank See menerusi satu hantaran dalam media sosial mereka.

Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya mengutip RM6 juta selepas tiga hari tayangan. Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini,” katanya.

Filem yang menyuntik semangat patriotisme itu menjalani penggambaran di Sabah dan Pahang dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.

Selain ditayangkan di Malaysia sejak 25 Ogos lalu, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa turut ditayangkan secara serentak di seluruh pawagam di Singapura dan Brunei.

Advertisements

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Redza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corrine, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Naskah aksi berkenaan mengisahkan tentang Pasukan Khas Udara (Paskau) diketuai Mejar Adnan (Adi Putra) telah terkandas di sebuah wilayah bergolak, Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak pihak musuh ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Mengetahui perkembangan itu, TUDM telah mengarahkan satu misi untuk menyelamatkan anggota Paskau yang diketuai oleh Zafran (Aiman Hakim Redza) yang juga merupakan seorang juruterbang pesawat juang Sukhoi.

Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan