24.3 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025

UMNO desak PRU-15 disegerakan

Kita mahu kerajaan yang mempunyai keabsahan rakyat bukan melalui percaturan politik.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi desakan agar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Berucap pada Taklimat Khas Presiden UMNO sianh tadi, beliau berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sentiasa konsisten mahukan PRU15 diadakan segera terutamanya selepas imuniti kelompok berjaya dicapai.

“Bila lagi? Kita konsisten dan istiqamah menuntut (PRU15) kerana kita menghormati mandat rakyat.

“Kita mahu kerajaan yang mempunyai keabsahan rakyat bukan melalui percaturan politik.

Advertisements

“Garis masa itu ketika Pakatan Harapan (PH) dibubarkan dan semua dari kita tidak terkecuali mahu pilihan raya diadakan dan kita mahu pulangkan mandat itu kepada rakyat.

“Kita konsisten sejak dari awal lagi lagi,” katanya lapor Astro AWANI.

Dalam masa sama, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyeru kepada semua ahli UMNO sama ada yang berada dalam kerajaan atau luar kerajaan supaya menjadi sebuah keluarga besar.

“Jangan ada kluster, kita hanya ada satu kluster sahaja iaitu kluster UMNO. Cubit paha kiri paha kanan terasa,” jelas beliau lagi.

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan